Menteri Pendidikan Tinggi tunjuk kemahiran kopek buah kelapa

Menteri Pendidikan Tinggi tunjuk kemahiran kopek buah kelapa

Kuala Lumpur – “Sekali-sekala tunjuk kemahiran lama tak praktik. Alhamdulillah masih terbelah buah kelapa itu.”

Demikian kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkongsi pengalaman ketika berada di kampungnya.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook, beliau menunjukkan kebolehan mengopek kelapa untuk mendapatkan santan.

“Dapatlah kongsi sorang sikit. Orang utara panggil kopek buah nyiok,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu turut mengenang zaman muda di kampung dengan berkongsi pelbagai aktiviti tradisional yang merupakan sebahagian daripada kehidupan sehariannya.

“Saya orang kampung dan inilah aktiviti saya dulu-dulu. Nanti kita kongsikan apa lagi aktiviti lain yang selalu saya buat dulu di kampung.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )