Media massa mempunyai peranan penting hubungan Harmonis Malaysia dan Indonesia

Media massa mempunyai peranan penting hubungan Harmonis Malaysia dan Indonesia

JAKARTA,. Perdana menteri datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,. Media massa mempunyai peranan penting dalam menjaga hubungan Malaysia dan Indonesia agar kedua-dua negara tetap harmonis dan jauh daripada konflik.

Memahami kepentingan itu, petang tadi Datuk Ismail Sabri, meluangkan masa bertemu dengan pemimpin redaksi media massa Indonesia dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), di Jakarta.


Pengamal media Indonesia merupakan kumpulan pertama yang saya temui dalam rangka lawatan rasmi yang pertama saya ke Republik Indonesia, katanya disini.

Hubungan antara Malaysia dan Indonesia amat dekat melalui forum bilateral atau multilateral, kerana kedua-dua negara adalah serumpun.

Isu yang timbul juga perlu diselesaikan secara keluarga. Saya yakin hubungan silaturrahim yang telah lama terjalin ini akan terus berkekalan dengan kesepakatan media kedua-dua negara,tambahnya lagi.

–RAHMMAN

Sumber: datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/FB

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )