
MCMC maklumkan Telegram mengenai perbuatan sebar gambar lucah wanita, kanak-kanak
PUTRAJAYA,. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memaklumkan Telegram pada 9 Jun lepas mengenai perbuatan sebuah kumpulan tempatan di laman sosial itu, yang bertindak menyebarkan gambar lucah wanita dan kanak-kanak, untuk penilaian serta tindakan lanjut selepas diberitahu mengenai perkara tersebut.
“Kami kini menggesa Telegram yang tidak berpangkalan di Malaysia secara aktif untuk mengambil tindakan sewajarnya,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini selepas dimaklumkan netizen mengenai perbuatan kumpulan itu yang digelar ‘V2K.’
MCMC berkata agensi itu kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan telah memanjangkan perkara tersebut kepada Interpol untuk mendapatkan bantuan mereka.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa