Mayat lelaki hampir reput ditemukan di Kampung Pandan Dalam

Mayat lelaki hampir reput ditemukan di Kampung Pandan Dalam

KUALA LUMPUR,. Mayat seorang lelaki dewasa hampir reput ditemukan oleh orang awam di kawasan belukar di Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Ampang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Azam Ismail berkata penemuan mayat berkenaan dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam kira-kira 7.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat dijumpai orang awam itu dalam keadaan separa reput dipercayai seorang lelaki dewasa serta lengkap berpakaian namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan siasatan masih diteruskan termasuk bagi mengenal pasti kewarganegaraan mangsa.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil memberi keterangan di Balai Polis Ampang atau telefon 03-42897417.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )