Man City tidak langgar peraturan FFP

Man City tidak langgar peraturan FFP

LONDON,. Manchester City “secara terang mengabaikan” siastan UEFA terhadap dakwaan melanggar Peraturan Kewangan Bersih (FFP) menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Namun badan induk bola sepak Eropah itu gagal membuktikan City menggunakan dana daripada pemilik kelab sebagai pendapatan penajaan mereka.

Awal bulan ini CAS menukar keputusan penggantungan dua tahun dalam kejohanan peringkat Eropah dikenakan terhadap City oleh UEFA dan mengurangkan denda 30 juta euro (RM149.49 juta) kepada 10 juta euro (RM49.83 juta).

Keputusan penuh penghakiman CAS dikeluarkan awal pagi tadi menggambarkan denda itu kerana “melanggar peraturan” kerana City enggan bekerjasama dengan siasatan UEFA.

Namun dakwaan menggunakan dana itu adalah dakwaan lebih teruk dan “berdasarkan bukti, panel tidak dapat merumuskan bahawa dana berkenaan diberikan kepada City.”

Wang City di padang bertukar sejak pengambilalihan Shiekh Mansour, seorang daripada keluarga Diraja Abu Dhabi pada 2008. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )