Man City kembali cipta kemenangan

Man City kembali cipta kemenangan

MANCHESTER,. United Kingdom: Manchester City memastikan kemenangan pertama ketika Liga Perdana kembali bersambung dengan kejayaan 3-0 mengatasi Arsenal yang bermain 10 orang di Stadium Etihad yang kosong ketika liga utama England itu kembali diiringi protes terhadap perkauman.

Kedua-dua pemain pasukan berlutut sebelum sepak mula sama seperti pemain Aston Villa dan Sheffield United bagi perlawanan pertama selepas 100 hari terhenti akibat COVID-19.

“Saya malu dengan apa dilakukan orang kulit putih kepada kulit hitam,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Kami perlu lakukan lebih banyak buat orang kulit hitam yang kita tidak lakukan setakat ini.”

Kemenangan City mengurangkan jurang dengan Liverpool di persada kepada 22 mata, bermakna skuad Reds tidak boleh memastikan gelaran ketika mereka berdepan Everton dalam saingan tetangga Merseyside pada awal pagi Isnin.

Hujan lebat semakin menyukarkan pemain untuk kembali kepada normal biasa selepas berehat panjang.

Bos Gunners, Mikel Arteta membuat pilihan pemain agak pelik apabila meletakkan Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe serta David Luiz di bangku simpanan manakala Mesut Ozil langsung tidak berada dalam skuad.

Namun perancangan Arteta tidak menjadi dalam tempoh 20 minit apabila Granit Xhaka dan Pablo Mari mengalami kecederaan dan digantikan Luiz.

Sterling membuka jaringan apabila Luiz gagal menghalang hantaran Kevin De Bruyne dan lima minit memasuki babak kedua, Arsenal semakin tertekan apabila Luiz menjatuhkan Riyad Mahrez dalam kotak penalti dan dilayangkan kad merah.

“Ia bukan salah pasukan, ia salah saya. Jurulatih menakjubkan, apa yang dilakukan pemain amat menakjubkan, ia hanya salah saya,” kata Luiz.

De Bruyne tenang menyempurnakan penalti mengatasi Leno.

City menggunakan tambahan masa untuk menambah gol ketiga menerusi pemain gantian Phil Foden. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )