Malaysia Sarong Music Run 2025 Raikan Kepelbagaian Budaya dan Perpaduan Negara

Malaysia Sarong Music Run 2025 Raikan Kepelbagaian Budaya dan Perpaduan Negara

KUALA LUMPUR – Malaysia Sarong Music Run 2025 bakal menjadi acara penuh warna-warni yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi turut meraikan kepelbagaian budaya serta memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia. Bertepatan dengan penganjuran ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, acara ini menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan elemen sukan, seni, dan warisan dalam suasana penuh meriah.

Dianjurkan oleh Keretapi Sarong dan Locco, larian ini menampilkan laluan menarik yang dihiasi dengan persembahan kebudayaan, muzik tradisional, serta pertunjukan kulinari. Peserta berpeluang menikmati keindahan budaya setiap negeri melalui persembahan seperti dikir barat dan wau bulan dari Kelantan, tarian kuda kepang dari Johor, tarian sumazau dari Sabah, serta pelbagai tarian tradisional Melayu. Pameran seni dan budaya turut diadakan bagi mengangkat warisan unik Malaysia.

Tidak lengkap acara tanpa hidangan tradisional yang mencerminkan kepelbagaian rasa setiap negeri. Para peserta akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti rendang tok dari Perak, pasembor dari Pulau Pinang, nasi ambeng dari Johor, patin tempoyak dan sambal hitam dari Pahang, serta nasi dagang dari Terengganu.

Malaysia Sarong Music Run 2025 bukan sekadar larian, tetapi sebuah perayaan warisan dan identiti Malaysia yang menghubungkan rakyat melalui budaya, seni, dan gastronomi. Acara ini menjadi bukti bahawa perpaduan dan kepelbagaian mampu diraikan dalam suasana yang inklusif dan mengujakan.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )