Malaysia gagal raih slot final badminton Masters Indonesia

JAKARTA, 18 Jan — Malaysia gagal meraih sebarang slot di final Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2020 selepas dua beregu negara tersingkir dalam saingan separuh akhir hari ini.

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalah kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, 15-21, 15-21.

Manakala beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, 19-21, 19-21.

Kejohanan Badminton Masters Indonesia bermula dari 14 Jan sehingga esok di Stadium Istora Senayan, di sini, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$400,000 (RM1.62 juta).

Berikut jadual perlawanan peringkat akhir bermula 1 tengah hari waktu Indonesia Barat, esok:

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )