Luqman Omar dilantik CEO Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Luqman Omar dilantik CEO Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

PUTRAJAYA,. Bekas Pengarah Jabatan Perancang Majlis Perbandaran Seremban, Luqman Omar, 63, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Zulkurnain Hassan yang kembali semula ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan Luqman ke jawatan tersebut di pejabatnya di sini hari ini.

Gambar//Gerbangpost

Luqman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dari Universiti Teknologi Malaysia memulakan perkhidmatan di sektor awam pada 1984 Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancang Bandar.

Luqman kemudian berkhidmat bersama syarikat pemaju hartanah, Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan (SPPK), anak syarikat Island & Peninsular Bhd.

Beliau kemudian menyertai Majlis Perbandaran Seremban pada tahun 1992 sebelum bersara pada tahun 2017 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Perancang Bandar. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )