Luqman diperkenalkan secara rasmi

Luqman diperkenalkan secara rasmi

KUALA LUMPUR,. Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin diperkenalkan secara rasmi oleh kelab baharunya KV Kortrijk, sebaik tiba di Belgium, malam tadi.

Pemain berusia 18 tahun itu yang berlepas dari Malaysia awal pagi semalam tiba di Brussel jam 1 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Ketibaan Luqman disambut ejennya dan wakil kelab KV Kortrijk.

Dia kemudiannya di bawa ke Stadium Guldensporen yang menjadi gelanggang rasmi kelab Divisyen 1 Belgium itu.

Luqman turut menyarung jersi kelab berkenaan dengan menggunakan nombor 9.

Dia dijangka menyertai sesi latihan rasmi bersama KV Kortrijk sebaik tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )