Luqman berlepas ke Belgium

Luqman berlepas ke Belgium

SEPANG,. Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akan berlepas ke Belgium jam 2.05 pagi ini untuk menyertai kelab baharunya KV Kortrijk.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab itu, Khamis lalu.

“Semestinya saya gembira dan bersemangat, dalam hati semua ada. Tidak dinafikan juga sedih untuk tinggal keluarga.

“Tapi saya tidak boleh terlalu sedih kerana mak dan ayah saya pun sokong saya dan memang niat saya nak pergi sana untuk bantu keluarga.

“Sebelum ini saya pergi dengan pasukan, tapi kali ini saya pergi seorang diri. Jadi sekarang saya kena matang, kerana ini cabaran besar buat saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Luqman berkata, dia dijangka akan melaporkan diri bersama KV Kortrijk selepas 14 hari proses kuarantin di Belgium.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )