Liverpool alami musibah di Anfield, dikecewakan 0-0

Liverpool alami musibah di Anfield, dikecewakan 0-0

LIVERPOOL: Liverpool menyesali beberapa peluang yang dilepaskan ketika menyaksikan Real Madrid pulang dengan keputusan seri 0-0 di Anfield untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-1.

Mohamed Salah dan Georginio Wijnaldum bersalah kerana melepaskan peluang keemasan untuk mengembalikan pasukan dalam perlawanan setelah mereka gagal untuk mengulangi kebangkitan dalam kekalahan 0-3 menentang Barcelona dengan agregat 4-3 di peringkat separa akhir dua tahun lalu.

Madrid jauh daripada prestasi terbaik mereka, dan tidak memerlukan pertemuan separuh akhir dengan Chelsea dalam pada Los Blancos menyambung kejohanan tanpa kalah mereka kepada 14 perlawanan.

Klopp mengakui sebelum permainan itu anak didiknya perlu mencipta atmosfera sendiri tanpa sorakan yang seringkali mengiringi malam terkenal buat warga Eropah di Anfield seperti masa lalu.

Sungguhpun kerusi lengang ekoran peraturan COVID-19, Liverpool tangkas dan sepatutnya telah mengurangkan defisit mereka dalam masa dua minit.

Sadio Mane menyambut lorongan jauh Ozan Kabak lalu menghantar kepada Salah, namun pemain itu, yang konsisten dalam tiga pusingan akhir musim ini, merembat bola itu terus ke Thibaut Courtois.

Klopp tanpa disangka mengulangi keputusannya sejak perlawanan pertama untuk membiarkan Thiago Alcantara di bangku manakala kali ini James Miller mengganti tempat pemain kebangsaan Sepanyol itu di tengah padang.

Milner memberi kehangatan selepas satu minit dengan hantaran lewat ke Karim Benzema dan hampir melukai Madrid dalam minit kesepuluh apabila cubaan jarak jauhnya memaksa Courtois untuk menyelamatkan keadaan lagi.

Walaubagaimanapun, Zinedine Zidane telah memberi peringatan selepas kemenangan El Clasico 2-1 ke atas Barcelona pada Sabtu bahawa skuadnya kini berada di tahap “batasan fizikal” dan pasukan pelawat itu tampil letih lesu namun gembira untuk meraih pendahuluan dalam perlawanan pertama.

Peluang paling hampir buat Madrid untuk menjaringkan gol terbuka apabila Kabar secara tidak sengaja memesong hantaran Benzema keluar pintu gol sendiri.

Wijnaldum merembat masuk dua kali dalam perlawanan kembali yang terkenal menentang Barcelona pada 2019.

Meskipun begitu, pemain kebangsaan Belanda itu tidak tangkas untuk melawan gergasi Sepanyol itu apabila beliau mensia-siakan peluang keemasan dari jarak dekat dalam separuh masa pertama.

Klopp membuat pertukaran sejam semasa perlawanan lalu menggantikan Milner dan Kabak untuk membuka jalan buat Thiago dan Diogo Jota.

Namun, sungguhpun tanpa tiga daripada empat pemain pertahanan utama mereka, Madrid selesa dengan barisan pertahanan kebal apabila Firmino, Salah, dan Jota kesemuanya membuat asakan namun berjaya dihalang.

Jaringan gol dua kali Vinicius Junior dalam permainan pertama membuktikan perbezaan antara dua pasukan itu, tetapi pemain kelahiran Brazil itu membazirkan peluangnya apabila Alisson menahan kakinya dalam separuh masa kedua.

Benzema juga sepatutnya menampilkan prestasi lebih baik dalam tandukan percuma 10 minit sebelum masa penamat.

45 minit dalam perlawanan perit di ibu kota Sepanyol minggu lepas telah membolehkan Zidane menjuarai 14 daripada 15 perlawanan penyingkiran Liga Juara-Juara dalam dua musim sebagai jurulatih Madrid.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )