Liga Perdana berdepan penggantungan

Liga Perdana berdepan penggantungan

LONDON,. Kelab Liga Perdana mungkin akan melalui perintah berkurung selepas perlawanan Arsenal di Brighton ditunda apabila pengurus Gunners, Mikel Arteta diuji positif coronavirus hari ini.

Pusat latihan Arsenal sudah ditutup dan pemain serta kakitangan mereka menjalani pengasingan selepas ujian positif Arteta yang mengejutkan.

Kurang daripada sejam Arsenal mendedahkan keadaan Arteta, Brighton mengumumkan bahawa pertembungan dijadualkan di Stadium Amex Stadium dibatalkan.

“Adalah amat penting untuk kesihatan individu diberi perhatian utama dan kerana itu perlawanan Sabtu ini ditunda,” kata ketua eksekutif Brighton, Paul Barber dalam satu kenyataan.

“Kami memohon maaf kepada semua penyokong kerana kesukaran ini tetapi kami percaya semua orang faham kerana kami berdepan situasi yang tidak dapat dielakkan.

“Perkara paling utama ialah kebimbangan kami terhadap Mikel Arteta dan kami doakan dia segera sembuh.”

Liga Perdana yang sebelum ini menegaskan semua perlawanan akan diteruskan hujung minggu ini, membalas dengan mengatakan mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan bagaimana berdepan kesan pandemik global itu terhadap jadual perlawanan mereka.

“Berikutan pengumuman of Arsenal malam ini yang mengesahkan jurulatih pasukan utama mereka, Mikel Arteta diuji positif COVID-19, Liga Perdana akan mengadakan mesyuarat tergempar kelab pagi esok berkaitan jadual seterusnya,” kata Liga Perdana.

Arteta pula berkata: “Ini amat mengecewakan tetapi saya mengambil ujian selepas rasa kurang sihat. Saya akan kembali bekerja sejurus dibenarkan.”

Setakat ini 590 kes sudah disahkan di Britain membabitkan 10 kematian. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )