
Lif Perumahan PA/PPR Yang Dalam Pembikinan Perlu Disiapkan Mengikut Tarikh – Ismail Saari
KUALA LUMPUR,. Permasalahan Lif PPR/PA DBKL yang masih tiada penyelesaian walaupun pengantian lif baru telah mula dilaksanakan.
Hari ini Pengerusi Persatuan penduduk Desa Rejang HJ.Ismail Saari, Beliau yang juga merangkap Pengerusi Persatuan gabungan PPR/PA WPKL, Menuntut janji seperti yang dijanjikan yang mana sebelum ini syarikat yang dilantik mengatakan akan menyiapkan lif di PA desa Rejang, namun sehingga kini lif masih juga tidak disiapkan dan mendatangkan masaalah kepada penduduk katanya lagi.
Terima kasih kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah turun padang datang bagi melihat sendiri dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang sering membelenggu penduduk pada ketika ini saya sangat berterima kasih katanya lagi diatas kesudian Datuk Bandar Datang melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk katanya lagi.
Rata – Rata Penduduk berharap proses pemulihan dan lif ini akan dipercepatkan bagi memudahkan penduduk menggunakanya bagi segala keperluan harian anak – anak Sekolah,pergi dan balik kerja yang memenatkan Tak akan nak naik Tangga Lagi memang menyusahkan kata salah Seorang Penduduk disini
Sememangnya sangat menyusahkan tambah lagi di Blok D, PA/Rejang ini ada beberapa Rumah Teransit (HKL),bangi pesakit yang datang dari luar bandar Yang sering Digunakan pesakit untuk berulang alik ke Hospital.
Kejadian Vedelisma,juga perlu diambil Perhatian selepas ini jangan ada juga yang terlepas pandang dengan masalah ini ianya sememangnya berlaku dimana sahaja harap DBKL, memandang serius diatas pekara ini pemantauan adalah sangat diperlukan bagi mengheret perlaku dan seharusnya didakwa.
–GERBANGPOST