LHDNM buka kaunter duti setem

LHDNM buka kaunter duti setem

KUALA LUMPUR,. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan lain di pejabat setem cawangan LHDNM, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala di Pusat Khidmat Hasil dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari hingga 3 petang.

Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kaunter akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat sementara di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, kaunter akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis.

Bagi Kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, waktu urusan bagi bayaran melalui kaedah tunai, kad kredit dan kad debit akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 2 petang.

“Bagi bayaran melalui lain-lain kaedah, waktu beroperasinya adalah pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 3 petang,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan waktu operasi boleh dikemukakan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas, dan media sosial rasmi LDHNM iaitu di Facebook- http://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter- http://twitter.com/LHDNMofficial.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )