Lelaki ditahan cederakan adik

Lelaki ditahan cederakan adik

KUALA LUMPUR,. Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan adik perempuannya dalam satu kejadian di Taman Rakan, Kajang, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataannya berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 1.30 pagi pada Jumaat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun.

Beliau berkata sebelum itu, berlaku pergaduhan ketika mangsa sedang memasak kira-kira 11 malam semalam di dapur yang terletak bersebelahan bilik abangnya.

Mohd Zaid berkata lelaki itu bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagian muka adiknya sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta gigi hadapan patah.

Katanya lelaki itu direman empat hari hingga 17 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )