Lebih 700,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

Lebih 700,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 751,928 individu atau 21.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,453,640 atau 61.4 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,947,671 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,227,035 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,800,143 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,892,596 atau 93 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 132,371 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 44,992 suntikan dos pertama, 948 suntikan dos lengkap dan 86,431 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,865,787.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 57 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan 14 kes, diikuti Sabah dengan lapan kes, Perak (enam), masing-masing lima kes di Kedah, Melaka dan Selangor, tiga kes di Pahang dan Terengganu, dua kes masing-masing di Perlis dan Kuala Lumpur manakala satu kes di Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )