Lebih 270,000 akaun simpanan baharu SSPN dibuka sehingga Ogos 2020

Lebih 270,000 akaun simpanan baharu SSPN dibuka sehingga Ogos 2020

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 275,964 akaun simpanan baharu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dibuka dari Januari hingga Ogos tahun ini, sekali gus mencatat rekod melebihi sasaran sebanyak 232,000 akaun diwujudkan dalam tempoh tersebut.

Ketua Eksekutif Perbada-nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata jumlah deposit bagi 275,964 akaun itu adalah sebanyak RM878.92 juta atau 154.76 peratus melebihi sasa-ran sebanyak RM345 juta.

“Pada tahun ini, PTPTN menyasarkan jumlah simpanan sebanyak RM1.5 bilion dengan 400,000 akaun baharu. Dengan prestasi ini, saya yakin sasaran tahunan yang ditetapkan akan tercapai.

“Bagi program Bulan Menabung SSPN 2020 dalam tempoh satu bulan ini, kita menyasarkan sebanyak RM110 juta kutipan pada bulan ini,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Bulan Menabung SSPN 2020 di sini semalam.

Bulan Menabung SSPN bertemakan ‘Superhero’ yang bermula semalam, akan diadakan secara dalam talian ekoran norma baharu berbanding sebelum ini di lokasi tumpuan ramai.

Penganjuran program itu sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut 31 Oktober setiap tahun, bertujuan menggalakkan tabu-ngan dan menyemai minat menabung dalam kalangan orang ramai.

Melalui program itu, ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti dalam talian seperti kuiz Kahoot!, Happy Hour, Tabung DIY, SSPN Got Talent, Teka dalam Tabung, Bento SSPN Chef Junior, WOW! SSPN Challenge, Cabutan Hadiah serta penampilan khas Didi & Friends.

Mengenai jumlah deposit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ahmad Dasuki berkata pihaknya mendapati terdapat pe-ningkatan deposit SSPN bagi tempoh April hingga Jun tahun ini.

“Walaupun moratorium sudah berakhir semalam, yang penting adalah sema-ngat menabung dan amaun tabungan sama ada kecil, tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Sejak 2004 sehingga 31 Ogos 2020, sebanyak 4.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM6.76 bilion.

Sementara itu, seorang jurutera Abu Husin Mamat, 40, yang memenangi RM2,020 dengan menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi Julai, berkata beliau mula menabung di SSPN sejak anak sulungnya berusia dua bulan pada 10 tahun lepas.

“Sebelum ini, semasa saya belajar saya menggunakan PTPTN dan daripada situ saya dapat kesedaran untuk menabung buat pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

“Saya berharap lebih ramai orang menabung untuk masa depan anak-anak kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku dan kelebihan tabungan ini mempunyai skim takaful yang akan membantu sekiranya berada dalam ke-susahan,” katanya.

Pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi Ogos, Hasanah Abd Khafidz, 45, yang merupakan ibu kepada tujuh anak, dalam lingkungan umur enam hingga 22 tahun, turut membawa pulang RM2,020.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah universiti awam berkata ibu bapa perlu sedar bahawa langkah mereka hari ini dengan menabung bakal menentukan masa depan anak-anak terutamanya bagi menampung kos pembelajaran mereka di institusi pengajian tinggi.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )