Lebih 2.73 juta populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

Lebih 2.73 juta populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 2,733,768 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 2,832,684 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,809,201 individu atau 97.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,116,934 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 160,974 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,088 dos pertama, 4,663 dos lengkap dan 153,223 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,728,484 dos dengan 4,430,656 daripadanya adalah dos penggalak.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )