Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksinasi

Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksinasi

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 98 peratus atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )