Lebih 14.3 juta dos vaksin diberikan setakat semalam – Dr Adham

Lebih 14.3 juta dos vaksin diberikan setakat semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR,. Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini mencecah 14,347,285 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 4,531,550 individu lengkap dos kedua iaitu 13.9 peratus populasi negara.

Jumlah pemberian vaksin pada Ahad adalah 344,961 dos suntikan dengan 244,761 untuk penerima dos pertama dan 100,200 lengkap dos kedua.

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 62 peratus, diikuti Sarawak (43.8 peratus), Perlis (36.1 peratus), Negeri Sembilan (20 peratus) dan Lembah Klang (19.9 peratus).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)