Lagu ‘ke sana ke sini’ cuit hati Muhyiddin

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kreativiti orang ramai termasuk seorang lelaki yang menggubah ucapannya kepada lagu rap semasa berhadapan situasi genting dalam tempoh tiga minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, rakyat keseluruhannya pasti rasa terbeban dengan dugaan dan ujian Tuhan pada masa ini kerana terpaksa berkurung bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini putus.

“Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan.

“Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban. Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah.

“Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” katanya yang tercuit dengan kreativiti rakyat Malaysia.

Menurut Muhyiddin, perkara utama yang penting adalah setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video klip berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian baju T dan kain pelikat menari dengan berlatarbelakangkan ucapan Perdana Menteri ‘ke sana ke sini’ yang dilagukan. – WILAYAHKU

Video Player

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )