Labuan catat sifar kes Covid-19, bakal diisytihar zon hijau sepenuhnya

LABUAN,. Labuan mencatatkan sifar kes Covid-19 dan tiada pertambahan kes baharu setakat ini.

Ini berikutan dua kes dalam rawatan telah dibenarkan pulang hari ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Infografik yang telah dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Labuan.

Labuan mempunyai dua pusat kuarantin iaitu di Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) dengan kapasiti katil sebanyak 168 dan Pusat Giat Mara mempunyai kapasiti sebanyak 125.

Dalam pada itu, Labuan mencatatkan dua sub zon hijau iaitu Sub-Zone 2 dan Sub-Zone 1.

Dengan jumlah sembuh, Labuan kini bakal menjadi zon hijau sepenuhnya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )