KWSP Nafi Dakwaan Salah Laku dalam Urus Niaga Saham MAHB

KWSP Nafi Dakwaan Salah Laku dalam Urus Niaga Saham MAHB

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan dalam transaksi jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), termasuk dakwaan mengenai kerugian yang ditanggung daripada penjualan saham tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat tidak berasas dan menjelaskan bahawa setiap keputusan pelaburan dilakukan mengikut garis panduan ketat serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Selaras dengan Polisi ‘Chinese Wall’ KWSP, kawalan ketat dikenakan bagi memastikan pemisahan jelas antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang menguruskan pelaburan pasaran awam, bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan,” menurut kenyataan itu.

KWSP turut menekankan bahawa pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas, dan setiap keputusan dagangan dibuat berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum tanpa sebarang keistimewaan maklumat dalaman.

Selain mempertahankan integriti dan ketelusan dalam pengurusan dana, KWSP turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dalam sebarang semakan atau siasatan berhubung pelaburannya dalam MAHB.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )