KWSP Klang ditutup sehari pada 10 Nov

KWSP Klang ditutup sehari pada 10 Nov

KUALA LUMPUR,. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter cawangan Klang selama satu hari esok (10 Nov) untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman dan sanitasi.

Langkah itu diambil selepas salah seorang kakitangan di cawangan tersebut telah diuji positif COVID-19, beliau kini sedang menjalani rawatan.

”Anggota yang mempunyai temujanji di KWSP Klang yang dijadualkan pada 10 Nov 2020 diminta untuk memasuki kemudahan Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu) bagi menjadualkan semula lawatan mereka.

”Cawangan itu akan dibuka semula menjelang 11 Nov 2020, dari 9 pagi hingga 2 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kakitangan KWSP Klang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah melalui ujian swab COVID-19, dan kini menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

Semua pekerja lain di cawangan berkenaan juga diarahkan untuk melalui ujian COVID-19.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )