Kutipan zakat 2020 PPZ-MAIWP meningkat kepada RM768 juta

Kutipan zakat 2020 PPZ-MAIWP meningkat kepada RM768 juta

KUALA LUMPUR,. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lepas apabila kutipan zakat meningkat sebanyak 11 peratus iaitu RM768 juta berbanding RM537 juta pada 2019.

Ketua Pengawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata zakat yang diterima oleh PPZ-MAIWP itu telah diagihkan kepada golongan memerlukan dengan jumlah agihan sebanyak RM707,968,418 melalui skim yang disediakan oleh pusat zakat.

“Antaranya skim pendidikan, pengguna asnaf dan tujuan kecemasan, melalui skim itu, MAIWP telah memperuntukkan RM412 juta iaitu lebih kurang RM34 juta sebulan,” katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook Pusat Pungutan Zakat pada Rabu.

Ahmad Shukri berkata PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.

“Skim wakalah zakat merupakan skim yang membolehkan pembayar zakat mempunyai ruang untuk mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang dipilih serta bagi pembayar zakat yang meninggal dunia, waris akan menerima wang sebanyak RM3,000 melalui skim khairat kematian,” katanya.

Sementara itu, PPZ juga ada menyediakan inisiatif lain yang dapat membantu golongan yang memerlukan seperti projek usrah saedah PPZ, projek lori rezeki khaira PPZ, musaidah khaira PPZ dan misi pascabanjir.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )