KSN jalani kuarantin kendiri hingga 31 Jan

KSN jalani kuarantin kendiri hingga 31 Jan

PUTRAJAYA,. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menjalani kuarantin kendiri di rumah hingga 31 Jan ini setelah beliau menjadi kontak rapat kepada individu yang didapati positif COVID-19 pada 22 Jan lalu.

Menurut hantaran menerusi laman sosial beliau hari ini, Mohd Zuki berkata kuarantin kendiri itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan

Namun beliau menegaskan situasi yang dihadapinya tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam.

“Saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya,” katanya.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Mohd Zuki membatalkan sidang media Pengurusan Darurat oleh beliau yang dijadualkan pada petang ini, namun satu kenyataan media berhubung mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat akan dikeluarkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )