
KPWKM; Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO)
KUALA LUMPURM,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Datuk Seri Nancy Shukri,juga berkata kementeriannya akan memastikan pekara tersebut selepas sesi libat urus dengan pihak berkepentingan yang meminta bantuan bagi ibu tunggal kurang berkemampuan untuk melalui proses menuntut hak mereka di mahkamah.
“Kami akan masukanya dalam belanjawan KPWKM supaya dapat membantu ibu tunggal yang terkesan kerana ada dalam kalangan mereka tidak bekerja.
Bagaimana mereka mungkin turun naik mahkamah, jadi kita cuba membantu,” katanya lagi pada sidang Media selepas sesi Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@WPKL di sini di Dewan Komuniti Desa Rejang hari ini.

YB,Dato’ Seri Nancy Shukri
Selain itu, Nancy berkata sektor penjagaan warga emas juga antara tumpuan utama kementeriannya bagi Belanjawan 2025 terutama sebagai persediaan Malaysia yang dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030.
Beliau juga berkata KPWKM, turut mencadangkan pembentukan pusat melatih ibu bapa yang mempunyai anak autistik bagi membantu mereka memahami dan menjaga anak-anak istimewa dengan lebih baik.
Beliau berkata lagi trend kelahiran di negara ini yang semakin menurun turut mendapat perhatian KPWKM, dalam Belanjawan 2025 dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menggiatkan program kesihatan bagi menggalakkan pasangan mendapatkan anak.

Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Rejang Tuan Ismail Saari, Menyampaikan Cendera Hati Kepada YB,Dato’ Seri Nancy Shukri
Dalam Belanjawan 2024, KPWKM diperuntukkan RM3.52 bilion merangkumi RM3.25 bilion perbelanjaan mengurus dan RM265 juta perbelanjaan pembangunan.
Daripada jumlah itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan RM2.4 bilion untuk disalurkan kepada lebih 450,000 rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah, warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU)
–RAHMAN