KPDNHEP banteras penjualan sarung tangan getah tiruan

KPDNHEP banteras penjualan sarung tangan getah tiruan

PUTRAJAYA,. Satu ope-rasi untuk membanteras penjualan barang-barang tiruan telah dijalankan di sebuah premis perniagaan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai lima pegawai pe-nguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya pada Rabu lepas.

Pengarah Bahagian Pe-nguatkuasaan KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman dalam kenyataannya semalam berkata, operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima mengenai sarung tangan getah tiruan jenama Gloveon Paloma daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar Cisco (M) Sdn Bhd yang mewakili Hartalega NGC Sdn Bhd.

“Modus Operandi (MO) peniaga barang tiruan ini adalah membeli sarung tangan getah yang rosak dan terpakai dan setelah dibersihkan sarung tangan tadi kemudiannya dibungkus semula menggunakan jenama Gloveon Paloma yang berdaftar dengan cap dagang.”

“Pemeriksaan yang telah dijalankan telah menemukan sebanyak 840 kotak berisi sarung getah tangan tiruan jenama Gloveon Paloma dan 8,280 unit kotak kosong jenama Gloveon Paloma.”

“Hasil daripada verifikasi awal yang dijalankan oleh wakil pemilik cap dagang berdaftar mendapati kotak sarung tangan getah tersebut disyaki tiruan. Kesemua barang-barang tersebut telah dirampas untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM42,320.00,” katanya.

Perbandingan sarung tangan getah tiruan dengan sarung tangan getah yang asli adalah dari segi kualiti, ketebalan, warna, pembungkusan dan pencetakan pada kotak pembungkusan.

Kes disiasat di bawah perenggan 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Iskandar Halim turut mengingatkan para peniaga agar lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek orang lain dan memberi amaran kepada mana-mana individu mahupun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang, terutama membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang.

Orang ramai disarankan agar menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau di atau hadir sendiri ke mana–mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )