Konvokesyen MSU rai 1,959 graduan

Konvokesyen MSU rai 1,959 graduan

SHAH ALAM,. Seramai 1,959 graduan dari 90 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-27 yang berlangsung selama empat hari.

Majlis konvokesyen tersebut telah bermula sejak 30 Mac lalu hingga 2 April 2021 dan merupakan majlis konvokesyen yang tertangguh semenjak bulan Oktober tahun lalu.

Secara keseluruhannya, seramai 22 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dan 914 graduan menerima Diploma bakal menerima skrol masing-masing mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) menyumbang bilangan graduan terbesar iaitu 693 graduan, manakala Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) merupakan fakulti dengan bilangan program pengajian terbanyak iaitu 21 program pengajian.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, majlis pada kali ini juga menyaksikan kelainan apabila dianjurkan dalam tempoh pandemik dan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan selepas tertangguh sejak Oktober tahun lalu.

“Selain itu, ia turut menunjukkan komitmen MSU apabila berhadapan dengan COVID-19 yang banyak mengubah aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT),” kepada media selepas sidang pertama konvokesyen baru-baru ini.

Turut diraikan ialah graduan sulung bagi tiga program pengajian iaitu Diploma in Physiotheraphy, Bachelor in Islamic Finance (Hons) dan Bachelor in Marketing with Psychology (Hons).

Lima kategori anugerah khas kecemerlangan turut diberikan kepada 54 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan mereka sepanjang tempoh pengajian dalam bidang masing-masing.

Antara penerima tersebut ialah penerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Sharul Ikmal Mohd Sukkeri, Anugerah Presiden (Danish Haikal Asman dan M. P. Mekhavathanie) dan Mohd Shukri Yajid Outstanding Award (E. K. Proveen Krishnan).

Selain itu, 32 graduan dan 18 graduan pula masing-masing menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Sharul Ikmal menerima pengiktirafan Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen MSU Ke-27.
BANGGA: Sharul Ikmal menerima pengiktirafan Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen MSU Ke-27.
Bagi penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Sharul Ikmal, beliau sangat berterima kasih serta berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan MSU.

“Saya sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang telah diberikan ini. Walaupun saya individu orang kelainan upaya (OKU) tetapi saya tidak berasa kekurangan apabila belajar di sini kerana mempunyai sistem sokongan daripada rakan sefakulti dan juga pensyarah.

“Memilih MSU untuk menyambung pengajian adalah satu pilihan yang tepat buat saya kerana MSU memberi peluang kepada semua pelajar untuk meneroka potensi diri melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar negara,” katanya ketika.

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuskan kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Antara pencapaian sepanjang hampir empat dekad penubuhan MSU termasuklah berada pada kedudukan ke-551 sehingga ke-560 dalam QS World University Rankings (WUR) 2021; pada ranking ke- 139 dalam QS Asia University Rankings (WUR) Asia 2021; kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam Top 50 Under 50 Rankings 2020; kelompok ke-301 sehingga ke-500 dalam QS World University Rankings Graduate Employability Rankings 2020 serta penarafan lima bintang QS World Rating System bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

Edisi 2021 QS World University Rankings by Subject menyaksikan subjek Hospitality and Leisure Management MSU mengekalkan kedudukannya di tempat kedua di Malaysia dalam kalangan #51-100 terbaik dunia.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )