Kluster kayangan rosakkan pusat kuarantin
PUTRAJAYA,. Belum lagi ‘kemenangan’ diisytiharkan, salah sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin sementara dirosakkan penghuni tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak.
Kerosakan yang berlaku itu mengakibatkan pemilik hotel terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Berdasarkan status dan gambar yang dimuat naik di Facebook Public Health Malaysia hari ini, beberapa barangan elektrik juga rosak selain terdapat kekotoran termasuk sampah sarap yang ditinggalkan penghuni.
“Mohon individu yang dikuarantin jangan merosakkan harta di dalam pusat kuarantin. Please please,” kata ciapan di Facebook itu.
Dalam pada itu, warganet yang meninggalkan komen di Facebook berkenaan membandingkan keadaan pusat kuarantin yang ditinggalkan kluster tabligh menerusi beberapa keping gambar. – WILAYAHKU