Klopp ada cara lentur Mane

Klopp ada cara lentur Mane

LONDON,. Jurgen Klopp merahsiakan maklumat berkaitan perpindahan Philippe Coutinho dari Liverpool ketika perbincangan peribadi dengan Sadio Mane.

Penyerang Senegal itu berbincang dengan Klopp bagi mendapat jaminan berkenaan jumlah minit permainan yang bakal diharunginya berikutan ketibaan Mohamed Salah.

Salah tidak menunggu lama untuk membawa impak selepas tiba di Anfield dari Roma, dengan Klopp meletakkan Mane ke kiri bagi memberi ruang buat pemain Mesir itu.

Prestasi Mane merosot ketika itu, dan dia bercakap dengan pengendali Liverpool itu bagi mendapatkan kepastian tentang kedudukannya dalam pasukan.

“Dia kata dia mempunyai keyakinan terhadap saya, dan akan tiba masanya saya terpaksa bermain sehingga keletihan.

“Dan saya memberitahunya yang saya mahu bermain. Menurut Klopp dia perlu menggilirkan permain.

“Sedangkan ketika itu Coutinho dalam proses perpindahan keluar tetapi dia tidak mendedahkannya,” kata Mane.

Mane akhirnya tahu berkenaan rancangan Coutinho apabila pemain Brazil itu membuat penampilan terakhir untuk Liverpool pada tahun 2017. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )