Klinik haiwan beroperasi dengan temujanji sahaja

Klinik haiwan beroperasi dengan temujanji sahaja

PUTRAJAYA,. Klinik haiwan hanya dibenarkan beroperasi menerusi temujanji sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pemilik haiwan boleh menghubungi klinik veterinar berdekatan bagi mendapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu.

Ujar beliau, ini bagi mengelakkan kesesakan berlaku di klinik-klinik haiwan tersebut.

“Ramai pencinta haiwan bertanya adakah klinik haiwan dibuka jika tidak dibuka haiwan mereka sakit tidak dapat dirawat.

“Jadi, kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar atau haiwan ini beroperasi tetapi perkhidmatan berdasarkan temujanji sahaja,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail menjelaskan sebanyak 24. 8 juta keping topeng muka telah diagihkan ke setiap isi rumah di seluruh negara. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )