Kesihatan Arteta semakin baik

LONDON,. Isteri Mikel Arteta, Lorena berkongsi perkembangan terbaru mengenai keadaan suaminya selepas beberapa hari disahkan positif COVID-19.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Lorena memberitahu pengurus Arsenal itu berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses pemulihan di rumah.

Lorena turut berkata simptom yang ada pada Arteta biasanya tidak akan menghalang pengendali itu daripada bekerja.

Arteta didapati positif COVID-19 pada Khamis sekali gus memaksa Liga Perdana Inggeris mengadakan mesyuarat tergempar yang menyaksikan semua perlawanan ditangguhkan.

“Dalam situasi yang kami hadapi ketika ini, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi perkembangan kami,” kata Lorena.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menghantar kata-kata semangat menerusi mesej, emel dan panggilan telefon, ia membuatkan kami terharu.

“Saya juga faham kamu semua mahu tahu apa yang sedang berlaku.

“Suami saya dalam keadaan baik. Benar dia mempunyai simptom virus berkenaan tetapi kebiasaannya simptom seperti itu tidak akan mengalang dia daripada meneruskan kerjanya.” – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )