Kesesuaian PRU semasa COVID-19 dinilai

Kesesuaian PRU semasa COVID-19 dinilai

PUTRAJAYA,. Kesesuaian mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa pandemik COVID-19 akan dinilai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh
Beliau berkata jawatankuasa itu terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain berkaitan.

“Jawatankuasa ini akan membuat penilaian risiko dan mengemukakan syor kepada kerajaan sama ada sesuai atau sebaliknya untuk mengadakan PRU,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, Abdul Ghani dilaporkan berkata PRU ke-15 (PRU15) boleh dilaksanakan sekiranya semua pihak berganding bahu memberi kerjasama mematuhi normal baharu dan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 walaupun negara masih bergelut dengan pandemik itu.

Katanya SPR bekerjasama dengan KKM, MKN, NADMA dan PDRM untuk pelaksanaan kawalan selaras dengan arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 akan dilaksanakan dengan ketat dalam semua proses pilihan raya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )