Kes baharu COVID-19 menurun kepada 18,688 – Dr Noor Hisham

Kes baharu COVID-19 menurun kepada 18,688 – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes baharu positif COVID-19 semalam menurun kepada 18,688 kes berbanding 19,257 kes pada hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,262,540.

Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 6,565 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,883 kes, Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140).

Kelantan pula merekodkan 870 kes, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua).

Pada 6 Ogos, Malaysia merekodkan 20,889 kes baharu jangkitan COVID-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )