Kerakusan Politik Mengetepikan Good Governance – @AKaprawi

Saya terkejut semasa membaca kenyataan Menteri Pengangkutan yang konon tidak ada sesiapa yg iktiraf Mavcom sebagai regulator. Nampaknya beliau ingin ‘justify’ tindakan beliau untuk gabungkan Mavcom dengan CAAM.

Setahu saya ada beberapa agensi antarabangsa seperti IATA , Airports Council International, OECD yang bukan sahaja kerja rapat dengan Mavcom dan pernah memuji Mavcom atas langkah langkah untuk melindungi penumpang seperti menghapuskan caj caj terlindung (hidden charges) terutama sekali satu syarikat tambang murah. Menteri tak baca kah surat khabar kenyataan IATA dan ACI yang meminta Kerajaan memikir balik keputusan Kerajaan itu.
Sebenarnya ramai yg tahu latar belakang wujudnya Mavcom sebagai badan regulatori bebas untuk menentukan agar industri penerbangan awam dapat berkembang dgn teratur pesat tanpa pengaruh politik.

Sejak ditubuhkan banyak sumbangannya kepada industri Penerbangan. Sebagai contoh 7 syarikat Penerbangan Asing telah datang ke Malaysia.
Mavcom banyak berunding bersama syarikat penerbangan asing dan persatuan penerbangan antarabangsa (seperti ICAO, IATA) dalam memperkukuhkan industri penerbangan Negara

Terdapat satu syarikat tambang murah yang lantang mengkritik Mavcom kerana telah kenakan denda atas beberapa kesalahan seperti mengutip beberapa caj yang tidak dibenarkan seperti caj KLIA2 ..caj kad kredit dsb. Sila lihat keratan berita yang lantang hentam Mavcom dan cadang agar ianya dibubarkan. Dipercayai dia mempunyai pengaruh & hubungan yg rapat dgn Menteri.
Beberapa bulan lalu yang mana Menteri Pengankutan membuat kenyataan kurangkan PSC dari RM73 kepada RM50..pengumuman ini sebenarnya tak mengikut undang undang sebab Menteri tak ada kuasa berbuat demikian.

Memang Menteri marah sangat dgn Mavcom yg tak nak ikut telunjuknya & Mavcom tegas tak nak pinda Gazette.

Kini cuma AirAsia yg mengutip RM50 manakala semua syarikat penerbangan lain ikut undang undang dan masih caj RM 73. Nampaknya ada kaitan dengan 2 pihak yang marah sangat dgn Mavcom.

Umum tahu bahawa langkah percantuman ini adalah untuk beri kuasa kepada Menteri Pengangkutan yang kini tak ada kuasa langsung dibawah Akta Mavcom.

Hujah mengatakan dinegara lain taada 2 badan regulatori tidak tepat sekali..contoh negara yg ada 2 badan adalah Australia..Ireland India Brazil dsb.
Peranan CAAM bersifat kawalselia aspek aspek teknikal manakala Mavcom kawalselia aspek ekonomi. Memang perkara cadangan pengabungan ini nampaknya ada udang sebalik batu.

pautan berkaitan www.nst.com.my/node/550179/amp

“Datuk Aziz Kaprawi, Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Ahli Parlimen Sri Gading, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading & Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. @AKaprawi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )