Kerajaan sedia dana MyCIF RM30 juta bukti sokongan agensa kelestarian, perusahaan sosial

Kerajaan sedia dana MyCIF RM30 juta bukti sokongan agensa kelestarian, perusahaan sosial

KUALA LUMPUR,. Kerajaan akan menyediakan dana Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) sebanyak RM30 juta sebagai tambahan kepada dana pendanaan awam sebagai usaha menyokong syarikat pemula dalam agenda kelestarian dan perusahaan sosial, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang memperluas skop galakan cukai sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui pendanaan awam meliputi pelaburan yang dibuat melalui syarikat nomini Perkongsian Liabiliti Terhad,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata inovasi kewangan bentuk baharu seperti kaedah pendanaan awam akan terus disokong.

“Instrumen ini berjaya menyediakan pembiayaan modal kepada syarikat pemula seperti Green Lagoon Technology, pengendali loji biogas melalui ekonomi kitaran bagi menjana tenaga hijau daripada sisa kelapa sawit,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )