Kenyataan penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam minggu depan

Kenyataan penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam minggu depan

PUTRAJAYA,. Kerajaan akan mengeluarkan kenya-taan berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang kelmarin.

“Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul 1442H, di sini semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata beliau dalam proses mengeluarkan majalah khas untuk memberi penjelasan dan ulasan berkenaan penggunaan vaksin dalam kala-ngan umat Islam sebagai usaha menangani permasalahan ummah dengan memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, majalah setebal 40 muka surat itu akan diterbitkan dalam bentuk santai dan mudah difahami kira-kira dua minggu lagi.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )