Kementerian Digital Perkenal Sistem Perisikan Baharu Pantau Jualan Data Peribadi

Kementerian Digital Perkenal Sistem Perisikan Baharu Pantau Jualan Data Peribadi

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 – Kementerian Digital akan melancarkan satu sistem perisikan automasi bagi memantau aktiviti penjualan data peribadi yang semakin berleluasa di laman sesawang gelap.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, mengumumkan bahawa sistem ini, dinamakan Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan Bagi Pengurusan Kes Ketirisan Data Peribadi, bakal diperkenalkan pada suku kedua tahun ini.

“Projek ini diwujudkan kerana kebimbangan yang semakin meningkat mengenai transaksi dan penjualan data peribadi di platform beli-belah dalam talian dan laman gelap,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam usaha menangani ancaman ini, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) turut mempergiat penguatkuasaan undang-undang, menjalankan serbuan ke atas syarikat yang mengendalikan data peribadi, serta memperluaskan pejabat pemantauan ke Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Akademi Keselamatan Siber Malaysia akan ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam keselamatan siber, sekali gus memperkukuh keupayaan negara dalam melindungi maklumat peribadi rakyat.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )