
Kem Bestari Solat Anjuran United Future Center (UFC) bersama Surau Muhajirin Desa Rejang
KUALA LUMPUR,. Kem Bestari Solat anjuran United Future Center,(UFC) bersama Surau Muhajirin pada musim cuti sekolah amat menggalakan
ternyata program seumpama ini amat dinantikan pada ibu bapa di penghujung penggal cuti persekolahan yang mana anak – anak mereka dapat mendalami Ilmu selain dari solat mereka juga dibimbing oleh tenaga pengajar terdiri dari pakar – pakar yang bertauliah di peringkat dalam dan luar negara.
Dengan pendaftaran serendah RM50 untuk sesi 8pagi sehingga jam 3petang selama dua hari bermula pada 10.dan 11/Feb/2025 Isnin & Selasa mereka yang mendaftar mendapat tunjuk ajar dari pada pakar yang sememangnya arif didalam bidangnya.
Melalui inovasi dan dedikasi, Untuk mewujudkan masa depan yang lebih cermerlang dan diperkasa serta memupuk semangat pertumbuhan peribadi dan kepimpinan melalui pembelajaran dan pembangunan sepanjang hayat.
Untuk menyediakan program latihan yang berkualiti tinggi dan disesuaikan dengan bakat individu, memupuk potensi, dan memperkasakan orang ramai dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk mencapai matlamat mereka dan cemerlang dalam bidang mereka inginkan.
Melalui inovasi dan dedikasi, (UFC) berhasrat Program yang dianjukan bersama Surau Muhajirin Desa Rejang ini untuk berkekalan impak kepada kehidupan mereka pada masa akan datang.
United Future Center (UFC), yang ditubuhkan pada tahun 2023, dan telah berkecimpung dalam bidang latihan sejak 2016, bermula dengan program Spark
Entrepreneurship, dan kerap menyampaikan ceramah serta sesi latihan dalam bidang bahasa badan dan motivasi, termasuk di Universiti, didalam dan di luar negara, Kepakarannya meliputi pengurusan acara korporat dan juga antarabangsa,
–RAHMAN