Keluarkan notis 48 jam jika ada keperluan

Keluarkan notis 48 jam jika ada keperluan

KUALA LUMPUR,. Kerajaan disarankan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengeluarkan notis 48 jam sebelum ia tamat pada 31 Mac ini, jika ada keperluan.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata ketika ini, aspek kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia lebih bernilai daripada kerugian wang ringgit yang bakal dialami beberapa pihak hasil penutupan sektor dan premis perniagaan susulan penularan COVID-19.

“Kerajaan juga perlu tegas dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mana-mana entiti atau individu yang mengingkari larangan terbabit.

“Mengikut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 dan Seksyen 24(a) akta sama menjadikan keingkaran larangan yang akan berkuatkuasa mulai esok menjadi satu kesalahan jenayah.

“Kesalahan pertama boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan, berkata pihaknya memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Muhyiddin dipetik berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )