Keluarga Nora Anne sambut baik inkues Malaysia

Keluarga Nora Anne sambut baik inkues Malaysia

SEREMBAN,. Keluarga remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang hilang kemudian ditemui mati ketika percutian keluarga, me-nyambut baik berita bahawa satu inkues akan diadakan di Malaysia untuk menentukan punca kematian remaja itu.

Menurut Lucie Blackman Trust (LBT), sebuah badan amal yang memberi sokongan kepada warga British yang mengalami krisis di luar negara, dalam kenya-taan dihantar melalui e-mel kepada Bernama, keluarga Nora Anne juga akan memberi kerjasama penuh kepada Mahkamah Koroner dan hadir sebagai saksi menerusi sidang video berikutan pandemik COVID-19.

“Berita hari ini (kelmarin) bahawa Mahkamah Koroner di Seremban telah menetapkan tarikh untuk inkues bermula 24 Ogos 2020 sangat dialu-alukan. Kami gembira bahawa misi kami untuk keadilan terhadap Nora me-nunjukkan perkembangan.

“Kami telah berusaha keras untuk memastikan kes Nora terus dibuka selepas ia ditutup pada awalnya oleh polis pada awal 2020.

“Sudah menjadi hasrat kami selama ini untuk me-ngadakan satu inkues. Ini penting dalam menentukan gambaran sepenuhnya me-ngenai apa yang berlaku kepada Nora dan bagaimana kesnya dikendalikan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Koroner dan pihak berkuasa Malaysia atas sokongan mereka dalam proses yang sangat sukar ini,” menurut LBT yang telah menyokong keluarga itu sejak kehilangan Nora Anne.

Kelmarin, Mahkamah Koroner menetapkan 24 Ogos ini untuk memulakan proses inkues.

Koroner Maimoonah Aid, yang menetapkan tarikh itu berkata prosiding itu akan berlangsung selama dua minggu hingga 4 September.

Nora Anne hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan ibu bapanya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai di sini.

Mayatnya ditemui pada 13 Ogos berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan mereka, selepas penca-rian besar-besaran dilakukan.

Laporan bedah siasat menyatakan bahawa tiada elemen jenayah dalam kematian Nora Anne dan remaja itu meninggal dunia akibat pendarahan gastrousus, mungkin disebabkan oleh tekanan dan kelaparan. — Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )