Kekurangan Jururawat adalah fenomena global, 3,228 bakal diambil bekerja 2025   – Dr Dzulkefly

Kekurangan Jururawat adalah fenomena global, 3,228 bakal diambil bekerja 2025 – Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan kelu3aran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut berkata, antara tahun 2020 hingga 2024, KKM telah membuat pengambilan seramai 19,934 jururawat lantikan tetap dan kontrak.

“Kita berdepan dengan kekurangan jururawat, ini bukan yang saya terpaksa akui, ia adalah fenomena global. KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 – Dr Dzulkefly

“Bukan nak mengambil keselesaan dengan menimbulkan perkara itu, tetapi sebenar-benarnya kita berdepan dengan global shortage of jururawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding bilangan peletakan jawatan jururawat terkumpul bagi tempoh yang sama iaitu seramai 2,141 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,100 atau 47.8 peratus adalah pelatih program Diploma Kejururawatan yang meliputi seramai 4,367 jururawat pelatih dan 733 jururawat masyarakat (peralihan).

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )