Kedudukan Hariss bersama JDT timbul tanda tanya

Kedudukan Hariss bersama JDT timbul tanda tanya

JOHOR BAHRU,. Juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Hariss Harun pada aksi liga yang akan bersambung 26 Ogos ini.

Ini selepas kelibat pemain antarabangsa Singapura itu tidak kelihatan pada sesi latihan pasukan sejak 17 Jun lalu, sekali gus menimbul tanda tanya peminat.

Hariss difahamkan sebelum ini mengalami kecederaan lutut yang mungkin mengambil tempoh masa lama untuk pulih sekali gus terpaksa melupakan saingan liga yang membabitkan tujuh perlawanan.

Malah belum pasti sama ada dia boleh beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bersambung Oktober ini.

Kelibat Hariss tidak diturunkan pada aksi skuad Harimau Selatan menentang FELDA United pada 14 Mac lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1, sebelum semua aksi saingan liga ditangguhkan akibat pandemik COVID-19

Skuad bimbingan Benjamin Mora akan kembali beraksi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, 26 Ogos ini dan kemudian akan kembali beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila melayani kunjungan Perak, 1 September.

–BH

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )