KBS lulus dana kepada Hafizh Syahrin

KBS lulus dana kepada Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR,. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah dan ia akan disalurkan dalam masa terdekat.

“KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac yang lalu.

“Dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini,” menurut KBS dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan jumlah dana yang disalurkan.

KBS berkata bantuan seumpama itu merupakan satu bentuk sokongan yang sentiasa dititikberatkan pihaknya dalam apa jua pembangunan sukan, termasuk sukan permotoran yang mampu mengharumkan nama negara.

Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )