
KBS komited terap nilai MADANI melalui Program Rakan Muda
KUALA LUMPUR,. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited menerapkan nilai-nilai MADANI dalam pelaksanaan program di peringkat akar umbi selain memastikan keperluan serta kehendak belia terus diberi perhatian.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, Program Rakan Muda telah dijadikan platform utama KBS dalam usaha membangunkan belia di Malaysia.
“Bermula 2023, Program Rakan Muda telah diberi nafas baharu dengan menekankan 10 Gaya Hidup yang berperanan sebagai platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia berumur 13 hingga 30 tahun dalam membina karakter belia yang positif dan progresif.
“Gaya Hidup yang diperkenalkan ini telah ditambah baik bagi memastikan ia terus relevan dengan keperluan dan kehendak serta peredaran teknologi semasa dalam kalangan belia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu langkah-langkah kementerian dalam menerapkan nilai-nilai MADANI dalam kalangan belia.
–BERNAMA