Kasih bapa tiada penghujung, Selamat Hari Bapa

Kasih bapa tiada penghujung, Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua individu bergelar bapa di seluruh negara bersempena hari bapa yang di sambut semalam.

Sempena sambutan Hari Bapa hari ini, Ismail Sabri yang juga ayah kepada empat anak itu yakin sebagai pemimpin keluarga, setiap mereka yang bergelar bapa akan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

“Kasih dan sayang seorang bapa adalah sepanjang hayat dan tiada penghujungnya,” kata perdana menteri dalam catatan di Facebooknya.

Beliau percaya setiap bapa akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Kepada semua yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. Semoga kita menjadi bapa yang cemerlang,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )