Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.08 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.03 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengendalikan enam tender yang terdiri daripada tiga tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1.0 bilion selama tujuh dan 14 hari, dan RM1.5 bilion selama 31 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM3.5 bilion selama tujuh hingga 31 hari, tender repo RM200 juta selama 31 hari dan tender repo berbalik RM600 juta selama 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi (CCM) bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.2 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM15.4 bilion.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)