Josiah Hogan timang cahaya mata keempat

Josiah Hogan timang cahaya mata keempat

KUANTAN,. Pelakon Josiah Hogan, berkongsi berita gembira bersama peminat selepas isterinya, Nurul Hidayu Mohamed Nordin selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka hari ini.

Kongsi Josiah, 34, isterinya melahirkan seorang anak perempuan pada pukul 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, hari ini.

“Alhamdulillah anak keempat saya atau anak ketiga perempuan saya lahir pukul 1.37 pagi tadi di HTAA.

“Saya sangat berterima kasih kepada anda yang telah mendoakan isteri saya sepanjang berada dalam dewan bersalin. Moga Allah melindungi kita sepanjang waktu Covid-19 ini. Tiada kata yang mampu diucap untuk berterima kasih kepada isteri saya kerana merisikokan nyawa untuk kelahiran ketiga ini,” tulis Josiah.

Terdahulu, Josiah dan Nurul Hidayu berkahwin pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.

Ini merupakan perkahwinan kedua pelakon yang sedang hangat dengan drama Degup Cinta itu. Menerusi perkahwinan pertama dahulu, Josiah mendapat anak lelaki yang kini berusia 14 tahun dinamakan sebagai Irvine Padilla Hogan. -WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )